ME LOVE YOU

Daisypath Anniversary tickers

Friday 21 December 2012

ALLAH,KENAPA AKU DALAM NERAKA????




Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?
Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.

(Tiba-tiba)

Tangannya terangkat dan berkata, "Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku."

Kakinya tiba-tiba bersuara,'aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.'.

Mulutnya tiba-tiba menyanggah, 'ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?

Telinga yang hanya mendengar dari tadi turut tidak melepaskan peluang.'Hey hey, nanti dulu. Kau jangan lupa, telinga kau ni, kau gunakan untuk apa? Ingat tidak pada suatu ketika dahulu, kau menggunakannya untuk mendengar lembut suara si dia yang bukan muhrim mu? Apa kau sudah lupa ketika nafsu kau sudah menewaskan akal dan Iman mu, kau asyik dalam kecintaan kau pada dia yang tidak halal bagimu? Apa kau ingat semua ini bukan dosa? Mana perginya tazkirah yang kau beri dahulu kepada teman-temanmu? Apa yang kau ingatkan mereka? Sudah lupa? Kau mengatakan La Takrabu Zina. Punya kau bersemangat memberi ceramah mengenai bahaya pujuk rayu Syaitan, tetapi mengapa kau yang tertewas dengan pujuk rayu si Durjana tu?

Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, "itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.

Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?
Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama - sama dengan kami," kata si iblis dan kaumnya.

Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astarfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akanSurah Yassin ayat 65 :
"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan."

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.

allahhurabbi,takutnya..adakah selama ni aku betul2 ikhlas beribadat,ya allah,jauhkan lah aku dari sifat2 riak,ujub dah takbur ya allah..Sucikan lah hati ku ini,jauhkan lah aku dari pintu maksiat..Terimalah taubat hamba-hambamu...

Terima Kasih kerana membaca...^-^

Saturday 8 December 2012

PERPISAHAN:(((

Semalam dah janji nak keluar jumpa my hubby for the last time sebab dia nak balik jitra dah n memang comfirm la dia tak bole nak spent masa dengan aku sampai hari selasa ni sebab dia kena kerja n aku sendiri pon dah nak balik uia petang selasa tue,,huhu..Dalam pukol 2.30 macam tue my hubby mai ambik aku n pergi gurun.haha..dekat ja der sebab takut nanti tak sempat nak balik sebab malam tue my hubby dah balik jitra..Waktu tengah window shopping dengan my hubby,tetiba jumpa member lama aku..Aduss,kantoi suda tapi saja buat macam tak ada apa2..Aku g sembang dengan dia tapi sedaq2 hubby aku dah lesap,g tengok orang dok nyanyi lagu arab apa ntah..Adoyai,pantang lepa sikit ,mesti ilang..macam tadi waktu aku keluaq dari tandas,tengok2 dia dah x da,tunggu punya tunggu,tetiba muncul depan aku sambil bawak ayaq kt aku..haha*sayang:*..
After bosan dok meroda dalam pasaraya tu*barang apa pon x beli*,kami teruih g gunung jerai.Konon2 nak nikmati pemandangan alam la..haha..G lepak2 n makan dekat sana..Gila bapak mahai..bongok betull..Lepas siap makan dok tangkap gambaq dulu,buat kenangan..Nanti rindu sebab x kan jumpa dah lepas ni..:(..Yang hubby aku pulak dok susah hati sebab cermin depan kereta tercabut sebab terlangaq apa ntah..Salah kereta belakang.bongok la dah taw orang nak keluaq,dok p block belakang jugak..memang idakk lerr..
Waktu otw balik tue,dok sembang pasal nak berpisaah.I mean bukan berpisah sebab nak putus kan hubungan kami,but berpisah untuk memperbaiki diri kami...memang aku sedih sebab aku tak pernah tak contact my hubby...Every 24 hour aku selalu dengann dia,..Tiap kali aku sedih aku cari dia,aku seronok aku cari dia,aku takut,aku sakit..Every time my hubby always beside me.Even nak tidor sekali pon tak pernah letak phone ..But after this,hurm..I dont know if it is the best decision for us or not..n the last,kami ambik keputusan xkan contact each other untill aku habis study..Waktu tue hubby aku akan cari aku balik..Ya allah,aku tak bole bayang macam mana aku lepas ni  law tak contact dia langsung..Memang aku yang usulkan benda ni dulu n aku harus terimanya..
Memang sedih gila waktu dok janji macam2 dekat hubby aku tue,..Macam2 pesanan yang keluaq..*risau*hehe..But the most important thing yang aku tak pernah lupa n tak akan lupa pesan dekat hubby aku mesti la jangan curang n jangan hisap rokok.BUkan tak percaya tapi ambik peringatan..hahahha..Tak bole blah..Tapi sumpah aku rasa sedih sangat2 cuma aku tak maw tunjuk sedih tue.Aku takut nanti dia pujuk aku n last2 aku akan ubah fikiran..Aku tak maw macam tue..Aku nak kami ada gap untuk bantu diri kami berubah..Aku nak kami masing2 ubah diri,mantapkan ilmu agama kami for our future..In shaa allah kalau betoi AIMAN NAFIZ jodoh aku,aku akan terima dia dengan hati yang terbuka sebab aku sayang dia sangat2..Aku terima dia seadanya sebab aku rasa dia orang yang terbaik untuk aku..
After sampai,aku terus salam my hubby..Memang rasa berat sangat nak keluaq dari kereta tambah2 bila tengok mata my hubby berayaq ja tadi..Sebak gila..Tapi aku cuba buat macam tak ada apa,tapi adik aku still bole perasan n dia tanya aku kenapa...Aku explain kat dia yang aku dah berpisah dengan aiman but tiba2 ja adik aku marah aku.Hampeh toi..Balik tue adik aku dok cerita kat adik2 aku yang lain n mak aku..mak aku marah sebab aku putus dengan dia..my mum tanya awat buat macam tue..Then aku jawab la kata kami nak berubah n mungkin ni jalan yang terbaik..Law dia jodoh aku,after foundation ni,kami akan bertunang mungkin..heeee;)
P/S:dah gtaw dah kat mak aku yang kami nak bertunang after ton depan after hubby aku dah kerja..my mum setuju..wink2



I GOT THIS!!!HEHE

Terima Kasih kerana membaca...^-^

hoholidaayyy:)

Malam ni tiba2 mood nak menulis menjelma dalam diri aku ni..tetiba je kan..bosan letteww...haha..Minggu ni aku balik kampung..jyeahh..Even 5 hari ja cuti tapi aku puas sebab bole balik kg,jumpa my lovely family n my love..haha..Agak rush jugak waktu nak balik hari tue sebab tiket tak beli lagi,kira kena beli on the spot jugak la..So disebabkan kelas pukol 12 dipendekkan ke pukul 11,so sempat la aku balik nek bas pukul 1 tengah hari.Nasib bek ada tiket,law tak.melopong la jawabnya..Bas bertolak around 1.30 pm n sampai almost 7.30 pm la..gila bapak stress sebab jam lama gila dekat peneng..After sampai tue,my hubby dah tunggu dah..My hubby yang terpaksa mai ambik aku sebab my father kena tunggu my mom dekat sekolah sebab waktu yang sama my mom pon otw balik dari kl cos ikot rombongan sekolah..hewhew..

After sampai tue my hubby bawak aku g econsave..terpaksa teman dia g beli ikan..memang idak le kan beli ikan malam2 dengan aku berjubah segala bagai..haha..Then tetiba aku cakap kt hubby aku "eh baba,nanti mesti orang ingat kita dah kawin kan,dengan umie pakai jubah+tudung labuh+sock lagi..mesti orang ingat kita kawin muda kan"haha..my hubby gelak ja..ciss..konon2 santai sangat la tue kan dengan tshirt n seluar t rex dia tue..grrr..After beli ikan yang my future mother in law pesan*future mother in law sangat la kn.haha*kami terus balik sebab nak cari kedai makan..lapaq der..aku sempat makan pagi je..petang n tengah hari tue memang tak sempat makan sebab rush gila..penat gila bapak...Cari punya cari,last2 singgah makan dekat kedai batu 5 nu..dekat sikit nanti hubby aku nak hantaq aku balik kan..Memandangkan aku dah 3 minggu x makan nasik,so aku juz order bihun sup n teh o limau..Agak terliur gak tengok my hubby makan nasi goreng,tapi saboo je la..

After siap2 makan,my hubby teruih hantaq aku balik sebab jam waktu tue almost 10.45 dah..bapak gila lewat..first time doe balik lambat..haha..After sampai rumah,dok sembang ngan my family sebab waktu tue ny mum baru samapai rumah..Lepas dok merapu2 dengan adik2 aku,aku teruih mandi n solat..Malam tue dok set waktu nak dating dengan hubby aku..hahah..Aku tido awal sebab penat nak mapuih..7 jam kot dalam bas,dengan malam sebelum tue tak cukup tidoq lagi..dengan kelas lagi..memang tidoq teruih la alang2 dah dapat bantal tue kan sampai tikus masuk perangkap pon aku tak sedaq..ahha*abah aku pasang perangkap tikus dalam bilik aku k*


k bye

Terima Kasih kerana membaca...^-^