ME LOVE YOU

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 30 June 2011

SPECIAL TO KAUM HAWA

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji TUHAN kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. J
angan menggadaikan maruahmu..
hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya..
tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang
bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan…
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya,
kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan ad-dinnya…
Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.

Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu…
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.


Hawa,
Cintailah ALLAH..
dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta
dari insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu..
kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH.
Cintailah keluargamu..
kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat
menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI.
Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah” (Hadith Riwayat Muslim).

Terima Kasih kerana membaca...^-^

Wednesday 29 June 2011

10 seksaan wanita..

Dalam perjalanan rasulullah swktu peristiwa israk dan mikraj,baginda di perlihatkn 10 jenis seksaan yang menimpa wanita sehingga baginda sendiri menangis apabila mengenangknnya..antaranya ialah

 Perempuan yg di gantung dengan rmbut dan otak di kepalanya mendidih
*mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain

Perempuan yg di gantung dengan lidah,tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas di tuangkan ke dalam kerongkongnya
*mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata2

Perempuan yg di gantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkn ke dalam kerongkongnya.
*mereka adalah perempuan yg menyusui anak orng lain tnpa izin suaminya

Perempuan yg diikat kedua2kakinya smpai ke ubun2,di lilit oleh bbrapa ekor ular dan kala jengking
*balasan kpd perempuan yg mmpu brpuasa,ttp tdk mahu mngerjaknnya ,tdk wuduk dan tdk mahu mndi junub..mereka sring keluar rmah tnpa izin suami dan tdk mndi brsuci stlah haid dan nifas

Perempuan yg mkn daging tubuhnya sndiri sdngkn d bwhnya ada api yg mnyala
*mereka adalah perempuan yg brhias agr di lihat oleh lelaki lain dan ska mnceritakn kburukan org lain

Perempuan yg memotong bdnnya sendiri dgn gunting dr neraka
*mereka adalah perempuan yg ska mmbnggakan diri sndiri agar org melihat perhiasannya

Perempuan yg kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai
*mereka ska mngadu domba dan sngt suka berdusta

Perempuan yg wajahnya berbntuk anjing dan bbrapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya
*ini adalah akibat drpd perempuan yg suka mrh kpd suaminya dan menfitnah org lain

Terima Kasih kerana membaca...^-^