ME LOVE YOU

Daisypath Anniversary tickers

Monday 1 August 2011

RAHSIA WANITA

*Bekas teman lelaki akan sentiasa berada di fikirannya tetapi LELAKI YANG DI CINTAINYA akan sentiasa berada di hatinya,iaitu tempat yang paling istimewa sekali!!jadi janganlah cemburu jika sesekali dia tersebut tentang ex nya...
*Teman baiknya sahaja tahu apa yang di rasa dan di lalui olehnya..jadi,jalinkanlah hubungan yang baik dengan teman baiknya..jangan over sudahler....
*Wanita PALING BENCI apabila kamu berbaik dengannya semata2 ingin rapat dengan kawannya yang paling cantik..kalau kamu pernah melakukannya,kamu betul2 tak GENTELMEN...
*Wanita sukar mencari benda yang di benci tentang orang yang dia sayang..sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila cintanya kecundang di tengah jalan..
*Sekiranya seorang wanita jatuh cinta kepada seorang lelaki,lelaki itu sentiasa di fikirannya walaupon ketika itu dia sedang keluar dengan lelaki lain..
*Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa...muzik,puisi,tulisan adalah cara mudah untuk mereka meluahkan rasa hati mereka..
*Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini tidak berguna..sesiapa pon akan terasa jika ia keluar dari mulut kamu,terutama orang yang kamu sayang..

*Satu ucapan 'hai' sahaja sudah cukup menceriakan harinya..cubalah kamu telefon dan ucapkan 'selamat pagi' kepadanya dan diakhiri dengan ucapan 'sweet dream' sebelum tidur..
*Semua wanita mahu lelaki MENCINTAINYA SEPENUH HATI...tolonglah jangan kecewakan hati kami..
*Wanita sangat suka orang yang dicintai dan disayanginya mengadakan suprise untuknya..sekadar hadiah,kad ucapan atau bunga,dia akan merasakan dirinya di cintai setulus hati,..percayalah dia tidak akan mencari yang lain lagi..
 *Tidak susah menjaga hati wanita..mereka hanya kamu MENCINTAI MEREKA SETULUS HATI..jika benar kamu mencintainya.,lihatlah bagaimana dia membalas segala kecintaan kamu itu..
 *Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita..adakalanya wanita mahu bersama kamu dalam suasana yang santai dan gurau senda...
 *Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia sering tertanya2 kenapalah aku tidak berjumpa dengannya terlebih dahulu..dia lebih baik dari kekasih aku..
 *Dalamnya cinta perempuan apabila membelek album gambar yang telah siap,gambar pertama yang di lihat adalah teman lelakinya..begitu juga dengan dikala membaca zodiak,dirinya adalah yang kedua setelah mengetahui hal kamu..TAHU!!


                                                   
Terima Kasih kerana membaca...^-^

Friday 29 July 2011

SURAT BUAT HAWA

Baca dan Hayatilah isi surat ini...



Dengan nama Allah swt yg maha pemurah lagi maha penyayang...Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan ALLAH swt...

Hawa...
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu.Meskipun ku tahu, jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yg bakal ku ucapkan ini, mengertilah duhai Hawa, kerana engkaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yg bengkok, lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yg sebenarnya, kugagahi jua diri ini...

Hawa...
Maha Suci ALLAH yg telah mentakdirkan kaummu melebihi bilangan ku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian ALLAH swt dalam urusan-NYA. Bayangkan lah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yg pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan...

Hawa...
SUka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tenteng hakikat kekalutan yg melanda disaat ini. Tapi permintaanku, duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yg sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahawa dirimu kini, kian berubah...

Tidakkah kau mengerti bahwa dirirmu adalah umpama sekuntum bunga yg indah di pandang mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yg melingkarimu itukah hijab yg digariskan oleh ALLAH swt sebagai pelindung yg diertikan sebagai aurat seorang yg bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yg dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja, bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah, bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yg engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yg lain, bersama hayunkan langkah itu, suaramu kian meninggi, diiringi gelak ketawa yg cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa...?
Haruskah aku terima hakikat yg kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yg pernah kutelunjuki buatmu dulu!

Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan aurat yg seharusnya ditutupi engkau dedahkan, kau miliki dari ciri-ciri yg ditegah dalam islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yg mana sesederhana mungkin! cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yg kau punyai.

Fahamilah Hawa, usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yg bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini...

Hawa...
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yg abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yg ku kira yg palng dahsyat, apa tidak nya. Seurat tubuhmu yg keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan...aduh!!
Banyaknya seksaan menantimu!...
Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yg perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yg tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa.... Tidakkah kau malu dengan pembohongan yg kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?

Di sini auratmu kau selindungi di sebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana, tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung kemana, jilbab ke mana? apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yg bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa...
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu, bertuturlah dengan suara yg lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yg tersembunyi pada dirimu...tapi ingatlah, cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yg dizahirkan, namun bukan kakimu, rambutmu dan jua tubuhmu...

Firman Allah swt:
" Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yg zahir daripadanya..."

Hawa...
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...
Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yg pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan...Akhir kata, ketahuilah....

"DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH"

Terima Kasih kerana membaca...^-^

Thursday 30 June 2011

SPECIAL TO KAUM HAWA

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji TUHAN kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. J
angan menggadaikan maruahmu..
hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya..
tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang
bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan…
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya,
kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan ad-dinnya…
Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.

Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu…
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.


Hawa,
Cintailah ALLAH..
dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta
dari insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu..
kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH.
Cintailah keluargamu..
kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat
menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI.
Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah” (Hadith Riwayat Muslim).

Terima Kasih kerana membaca...^-^

Wednesday 29 June 2011

10 seksaan wanita..

Dalam perjalanan rasulullah swktu peristiwa israk dan mikraj,baginda di perlihatkn 10 jenis seksaan yang menimpa wanita sehingga baginda sendiri menangis apabila mengenangknnya..antaranya ialah

 Perempuan yg di gantung dengan rmbut dan otak di kepalanya mendidih
*mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain

Perempuan yg di gantung dengan lidah,tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas di tuangkan ke dalam kerongkongnya
*mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata2

Perempuan yg di gantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkn ke dalam kerongkongnya.
*mereka adalah perempuan yg menyusui anak orng lain tnpa izin suaminya

Perempuan yg diikat kedua2kakinya smpai ke ubun2,di lilit oleh bbrapa ekor ular dan kala jengking
*balasan kpd perempuan yg mmpu brpuasa,ttp tdk mahu mngerjaknnya ,tdk wuduk dan tdk mahu mndi junub..mereka sring keluar rmah tnpa izin suami dan tdk mndi brsuci stlah haid dan nifas

Perempuan yg mkn daging tubuhnya sndiri sdngkn d bwhnya ada api yg mnyala
*mereka adalah perempuan yg brhias agr di lihat oleh lelaki lain dan ska mnceritakn kburukan org lain

Perempuan yg memotong bdnnya sendiri dgn gunting dr neraka
*mereka adalah perempuan yg ska mmbnggakan diri sndiri agar org melihat perhiasannya

Perempuan yg kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai
*mereka ska mngadu domba dan sngt suka berdusta

Perempuan yg wajahnya berbntuk anjing dan bbrapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya
*ini adalah akibat drpd perempuan yg suka mrh kpd suaminya dan menfitnah org lain

Terima Kasih kerana membaca...^-^