ME LOVE YOU

Daisypath Anniversary tickers

Monday 5 March 2012

Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.
Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah
1. Ayahnya
Apabila seorang yang bergelar AYAH tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti solat, pelajaran dan sebagainya dan Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja maka sang Ayah akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.
2. Abangnya
Apabila Ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga saudara wanita jatuh ke pangkuan Abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adik wanitanya di akhirat kelak…
3. Suaminya
Apabila sang Suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Membiarkan bergaul bebas di luar, berhias diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrimnya. Apabila suami berdiam diri walapun di seorang alim sekalipun maka, dia akan turut ditarik oleh isterinya.
4. Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal kelakuan yang lalai atau haram bagi Islam. Bila si Ibu berbuat kemungkaran, berkhianat dan sebagainya maka bukan hanya suaminya saja, si anak itu pun akan ditanya dan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak..


p/s:renung-2kan dan selamat beramal..Sharing is caring..:)

Terima Kasih kerana membaca...^-^

No comments:

Post a Comment