ME LOVE YOU

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 8 February 2012

ANDAI LELAKI TAHU

Andai lelaki tahu..Apabila seorang wanita jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya,tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya

Andai lelaki tahu..Jika seorang wanita mengalirkan air matanya,itu bukan bermakna dia lemah,tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki tersebut

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah,dia memang tidak mampu mengawal perasaannya,tapi percayalah,itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki tersebut..Lihat saja pasangan yang baru bercinta,mereka jarang bergaduh,tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka kepada seseorang,semakin bertambah pertelingkahan yang berlaku..

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan banyak bercakap,dia tidak bermaksud untuk membuat anda rimas,tetapi dia mahu lelaki mengenali dia dengan lebih dekat

Andai lelaki tahu...Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya.Tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,bukan untuk dirinya,tetapi untuk masa depan anda..

Andai lelaki tahu...Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,bukan bermakna dia tidak sayang,tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda seprti anak kecil yang masih perlu diberikan sepenuh perhatian,Dia risau sekiranya terlalu percaya,anda akan mengkhianati kepercayaan yang di beri

Andai lelaki tahu...Apabila perempuan merajuk,jangan kata dia mengada2.Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah berdozen,tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa di hargai

Andai lelaki tahu..apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,dia benar2 maksudkannya..Apabila berjauhan,bayangan wajahmu sentiasa bermain di mata

Andai lelaki tahu...Apabila perempuan kata lelaki  lain itu lebih baik dari kamu,jangan percaya kata2nya kerana dia hanya ingin menguji kamu...Dia hanya ingin melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya,Walaupon yang sebenarnay kamulah yang terbaik di hatinya...Percayalah,walaupun perempuan mengatakan ramai lelaki yang baik di matanya,kamu tetap yang terbaik di hatinya..

Andai lelaki tahu...Apabila perempuan menjadi degil,dia tidak bermaksud untuk menjadi degil.Tetapi dia mahu lihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya..Percayalah,hati wanita sangat lembut.Andai kena dengan caranya,jangan terkejut kalau akhirnya dia mampu menukar fikirannya dalam sesaat...





                                                               
Terima Kasih kerana membaca...^-^

No comments:

Post a Comment